NADI MELUGU X E-SUKAN – KELAS MODUL 4: KESIHATAN FIZIKAL PEMAIN E-SUKAN

7 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Kelas bertajuk “Modul 4: Kesihatan Fizikal Pemain E-Sukan’’ ini dilaksanakan sebagai kesinambungan program pembangunan e-sukan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dalam kalangan pemain.

Modul ini memberi penekanan kepada aspek kesihatan seperti postur badan yang betul semasa bermain, kepentingan senaman regangan, pengurusan masa skrin serta keperluan rehat yang mencukupi. Peserta turut didedahkan kepada risiko kecederaan seperti ketegangan otot, sakit belakang, dan sindrom penggunaan berlebihan pergelangan tangan sekiranya tidak mengamalkan rutin yang sihat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali